Monday, February 04, 2008
Terlalu lama

Salam to all readers

Too long, so far and very quiet. Yes I admit all that.

Terlalu sibuk dengan urusan belajar dan menyiapkan laporan tahunan utk thesis, makanya sukar benar mencari masa lapang untuk coretkan catatan utk semua. Sekarang tengah tunggu kelas bermula jam 2.00pm so curi masa ni kejap utk update my blog.

Harap semua berada dalam keadaan damai dan sejahtera. Hello kay, belum lusuh ye masih segar bugar lagi cuma cuma faktor masa yang kadang2 mematahkan semangat utk tumpukan perhatian kepada benda lain selain dr study.

Selepas balik dari bercuti Le' Tour De' Europa awal tahun tu, syik dok sibuk ngan submission je. Sekarang sedang prepare draft for my 1 yr report, at the same time I have to prepare myself for the first part of my data collection. Dealing with managememnt matters and admin. works here are very exhausting. Apa lagi dengan kerja menulis and mengkritik journals.

Pi jalan ari tu best sgt. Nak ambil kesempatan di sini ucapkan TQ kepada tem and yong yang sanggup datang dr Melaya n jalan2 ngan JS. Nak ringkaskan catatan trip:

1. First destination: Amsterdam,,,,,,

bandarnya indah banyak peninggalan sejarah, muzium dan juga dikenali dengan bandar maksiat (sex, ganja n magic mushroom bersepah). Berkomunikasi dgn org kat sana tak jadi masalah sbb diorg fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Makanan halal mudah didapati, penduduknya agak mesra. banyak gedung2 membeli belah, tapi kualiti barangnya so and so. banyak kedai bertemakan seks merata2 dan bersepah2 sampai JS dah jd macam flooding in my mind. Should go for nite life in Amsterdam sbb happening.

2. Brussels was the second one

Bandar yang sungguh menggoda, romantik dan mempunyai nilai2 eropah yang mantap. Gerai2 jual waffle n choccolate merata2. Bangunan2nya masyaallah terpegun JS dibuatnya. Kebetulan pula malam tu diaorg celebrate 31 Dec. So ada pesta music and lights di Grand Place. Cuba uols imagine, lampu2 dibangunannya  dipasang mengikut rendah music opera dan classic ala2 persembahan grand gitew. Hmmm rasa nak nangis ingat peristiwa tu. Sini juga banyak jual seafoods, so penggemar seafood jgn lupa rasa kupang goreng. Nak dijadikan cerita kat sini ada satu tugu yg agak glamour la tugu patung kencuaring. Geng kitaorg mencari patung ni merata2 ada la dlm 15 baru jumpa. Tengok2 heleh kecik je patungnya dah la tu terselit di bucu kedai coklat. sabo je. Sini juga ada mini europe and atomic museum. kami sampai sana, hari dah nak hampir gelap, heh apa lagi berkecah la tangkap gambo n kejar nak lawat semua miniatures tu.

3. Paris as the third destination and 3rd in my favourite list

Sorry to say la bagi JS Paris tu indah khabar dr rupa. Yang dapat tambat perhatian JS cuma Eiffel tower dengan piramid kaca tu je, selebihnya hampeh. mak kau orgnya sombong bukan main lagi terutamanya pelayan restaurant, tak nak ngalah bercakap bhs omputeh ngan kita nih, tak layan la kalau kita berbhs eng. nak juga paksa JS cakap French. Apa lagi terus la JS "mercy boku" ambik ko. Heh nak cari kedai halal bukan main susah, lepas tu harga makanan tuhan je tau mahal melangit. Gedung2 dia memamng tempat dewa membelih belah, kalau org kebiasaan macam JS usap cermin kat kedai je. Talking about fashion, Paris memang bandar yang orgnya suka berfesyen, kalau selembet pi Paris nanti kena ludah tau uols. Ala2 vogue the vass gitew. Yang menariknya new year countdown kat Eiffel tower, mak kau romantic gila, sekali lagi JS dibuat hampir jatuh air mata. apa2 pun bunga api kat KLCC lagi grand.

* Utk potretnya boleh dapati di fotopages dan akan JS update lagi.

Sekarang JS dah tak kerja lagi so spend setiap detik untuk research (kononnya), tapi tidak pada malam minggu. Malam minggu yang baru lepas ni JS masak Tom Yum Ruammitr and kerabu tuna ala2 raja mongkut and ajak geng yg suka makan2 mai makan kat umah. They all were happy with the foods (hahahahahahah).

By the way JS sekarang dah pindah umah dok dekat ngan uni, and tak jauh dari pantai. Kalau dok kat my living room boleh nampak laut lagi, apa lagi berkhayal la ingat kat umah n ingat kat uols. Huh, apa? siapa lagi yang JS ingat? of course la my family members and uols and my memory dah takde space lagi utk ingatkan org lain terutamanya yang dah delete n masukkan dlm recycle bin. Tambahan pula I dah cuba sedaya upaya utk empty my recycle bin.

baik la Uols, kalau ada kepalangan nanti JS update lagi.

jangan pula jauhati ngan JS tau.

Miss Uols,

JS

 


Posted at 07:45 pm by jiwasegar

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry







K.B JS YG BERJIWA BLOG:


ikanmelayu
4kaZone
   

<< February 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed