 |

Tuesday, June 26, 2007
Bergelut dengan ceritera kita
Manusia...di antara makhluk ciptaan tuhan yang paling sempurna. Manusia dianugerahkan akal yang datang bersama dengan ingatan. Maha hebat ingatan manusia, dengan ingatan manusia menjana pelbagai ilmu. Namun keindahan ingatan masih terselit sudut gelap cerita ngerinya. Oleh itu ramai di antara kita bergelut keras cuba melupuskan noltalgia silam yang mungkin indah bersulam pedih, dan kadang kala indah warnanya dipalit titik hitam yang kelam.
Pelbagai usaha kita lakukan agar ingatan yang tidak diingini dapat direpresi dan dengan harapan ia akan terkubur. Terkadang kita mengambil langkah drastik melupakan ingatan itu atau kita cuba untuk pindahganti dan mengalih arah ia agar kita jadi lebih reda.
Pelbagai cara tingkah laku kita persembahkan agar kita tidak tampak kalah dan derita dihiris ingatan. Kadang2 waras akal kita tertewas dek ombak rasa yang menghempas keras di jiwa.
Posted at 08:54 am by jiwasegar
Permalink
Thursday, June 21, 2007
Hi Uolssss
Lama JS tak habdet blog. Biasa la tus kalau tak habdet blog tu sibuk gil bab la tus. Tambah2 pl skrg makin banyak komitmen n nak kejar sblm org sini ambil summer holiday.
Amacam sumer seeheart ke sumer. JS rendu kat all bloggers. Banyak kali juga ada chances sembang2 ngan sis kasandra, minta nasihat la.
Last 2 weeks JS gi Lochness, cantik sangat pemandangan kat sana ala2 tasik kenyir gitu, masa balik singgah Uruquhart Castle ngan Bandar Inverness. Yang hanjengnya gambar yg JS tangkap ngan my digi camera semua tererase masa nak retrieve kat laptop. Yang ada kat GAMBO GEDEBAS cuma yg ditangkap ngan kamera hosmet.
This weekend nak gi jalan kat Glasgow, ntah la JS main redah je. Pi sorg2 je naik keyta api malas nak nyusahkan org. Boring sgt dok kat rumah dgn cuacanya siuk2. Sape ye geng2 kita yang tinggal kat Glasgow?
Bukannya free sgt tapi JS cuma nak tingkatkan scale adventurous kat dalam ujian personaliti (kan Rah) atleast kalau boleh naik 5 dr 0 jadi la.
OK Uols kalau Phasa Thai gi jalan2 makan angin tu weouls panggil
Pai Thiau
Maka kalau ada orang thai tanya "khun ca pai nai" (awak nak gi maner?)
Kalau uols nak gi jalan2 makan buih/angin maka say it Pai Thiau
Rajin2 la Uols drop by kat blog n text msg utk komunikasi ngan JS
Ingat Uols, sebanarnya JS dah takde kawan lain dah selian ulos (sambil gosok dada yg makin membukit)
Ingatkan ttg friendship kdg2 JS rasa hampa & disappointed with myself cos I always fail to keep my friendship and intimate relationship with others. U just imagine 10 yrs of friendhip just gone like that, sometimes I blame myself for this failure and kegagalan JS menjaga hati sstgh kawan. Tapi bila take it +ve mungkin ada hikmah di sebaliknya. Yg pronya I can get rid from my sameness and the circle of same script happen again and again.
Dah la JS dah merapu ni.
Jumpa UOls lg
BYE
Sayang Uols
Posted at 07:26 am by jiwasegar
Permalink
Wednesday, June 06, 2007
KIsahnya macam ni....
Nak dijadikan kisah pada pagi yg mulia hari ni JS saja2 la isi borang minta kerja as a domestic assistant at one of the companies in the town. petangnya dia call JS, nak disingkatkan cerita dialognya berbunyi sebegini rupa:
Dialog bet JS & Emma
Emma : "Hi there, can I speak to M plz...
JS : "Ya, Speaking"
Emma : "This is Emma from blah blah blah... co. I received your application form from our recruit staff this morning"
Emma : "I have few questions to ask u regarding your background"
JS : "Yes, plz"
Emma : "Are you clean"
JS : "You meant my criminal record, yes I never commit any crimes before"
senyap sekejap...........
Emma : "I mean do you clean in your house, ya doing stuff like vacuming, polishing etc"
JS : "Oh yes, I clean my house most of times, take care all the stuff, I have no problem doing that so far"
-------perbualan diteruskan tp tidak ptg untuk dimuatkan--------
Natijahnya di sini aku tak faham soalan ke, ke dia tanya tak betul.
Sbb kalau tengok struktur ayat macam dia tanya criminal record aku sbb mula dgn Are kalau Do tu ye la.
Ada mana2 english teacher leh komen tak, tak kira la eng teacher beruniform nurse ke atau guru ka ka ka ke. Plz
Ni la cerita pelik aku hari ni.
Posted at 06:13 am by jiwasegar
Permalink
Tuesday, June 05, 2007
Kenapa begitu, bukan begini
Duhai agin dan hujan
Jangan hanya pandang aku sebagai tugu kemenangan atau objek kejayaan yang kau idamkan. Jangan letakkan diri ini tinggi, di luar jangkauan penglihatan mu. Lupakah engkau, aku juga manusia yang tiada bebas dari cela. Sebagai insan biasa aku punya rasa, yang setiap kali nadiku berdenyut dan darahku mengalir aku memerlukan sokongan & iktibar mu. Aku tidak lupa akan suatu ketika dahulu kita sama-sama mencorak mimpi. Jangan tinggalkan aku di dalam lipatan sejarah usang mu dan jangan hanya pandang aku menerusi imbasan kisah silam mu. Izinkan aku melakonkan watak aku di dalam catatan hari-hari mu.
Kerana kita punya rasa
Posted at 07:53 am by jiwasegar
Permalink
Duhai malam, bisakah engkau mendengar laungan batinku.
Aku dan aku, hanya aku bertemankan aku, dan rupanya bayang itu bayang aku. Di sudut dunia bernama jauh, aku terdengar dengus nafasku, aku ternampak bayang wajahku, terjamah aku jari jemari ku sendiri. Menghitung saat esok menjelma, dgn harapan skripnya tidak lagi berpaksinya cerita sunyi. Aku sudah jemu dengan cerita sunyi, sayapku lemah dan kaku kerna sekian lama aku terbang diruang sunyi.
Jika tembok bilik ini bisa berbicara ingin aku menanyakannya "bilakah perit ini akan berakhir dan bilakah bisu ini akan terungkap". Mundar mandir aku dari sudut kiri ke kanan, arah utara ke selatan mencari ruang-ruang kekosongan jiwa untuk diisi. Sudah aku bebani benak ku dgn pelbagai tugas agar deritanya bisa reda dan tumpuannya tidak lagi bertemakan sunyi. Namun sunyi itu nyata dan sunyi itu masih mengelilingi aku.
Menyikat rambut, membelai wajah, menggesek kuku, memilih baju2, ya itu antara ikhtiar cetek aku. Tapi kenapa sunyi masih di sini. Nyah kau dari sini sunyi. Jiwa aku terlalu runcing untuk menerima mu lagi.
Jika bisa mantra sakti atau kalimah suci dilafas untuk mengubati sunyi akan ku hafal ia, akan ku ulangi ia agar derita sunyi tidak lagi berlabuh di jiwa. Akan ku bunyikan loceng malam supaya ia meriah bak siang.
Ngau (Sunyi)
Posted at 04:20 am by jiwasegar
Permalink
Monday, June 04, 2007
Special entry to D (sahabat setaman midah)
Walllllllllllllllllllllllllllllllla
Welcome to the blog. Dah 2 bulan lebih rasa macam lama sgt kita tak ketemu mata ye D (ur name in this blog). So how's life? How's everything?
Sabo je kat sini cuacanya tak menentu, dah nak masuk summer ada hujan kadang2 tapi yang pastinya Aberdeen memang akan sejuk memanjang. Sometimes mendung kelabu tak nampak matahari sehari suntuk pun ada. Yang tak kosernya skrg malam cuma dlm 5-6jam je, selebihnya cerah benderang. Mula2 tu rasa ajaib gak pukul 10pm masih cerah belek (org darat la katakan).
Semalam i gi camping kat Eden Garden jln nak ke Peterhead. Tempatnya indah & mengingatkan jalan ke Sg Tekala. Camping tu ala2 mcm Malaysian gathering or family day bagai la. Seronok ada bbq, satey, nasi tomato, mi goreng & bagai makanan lagi la coz dia org pakat bawa. Yg JS (nama i dlm blog) cuma bawa mee goreng je. YG bestnya part mainan rakyat tu ada bola selipar, ada congkak, kotak beacun, permainan sukaneka kanak2 etc la. Rasa relief la sikit coz so far ari2 syik mikirkan ttg tesis. Semalam tu lega sikit. Tapi sampai rumah je tido, penat sgt & malam kena berjaga siapkan my chapter 1.
Life kat sini I would say "challenging" la, I am still adapting with many things here. So far I can cope with my study. Just a little bit up n down sometimes. Rindu sangat2 kat semua geng2 kat Malaya.
Nanti kita borak lagi dlm e-mail ye.
Tata
Posted at 04:47 pm by jiwasegar
Permalink
Wednesday, May 30, 2007
Suka gambar ni
Kalau gambar ini nak diberikan tajuk, I would suggest rahsia alami kesuburan wajah. Boleh tak kita bertanding ngan tema product si Becky tu apa dah, kejelitaan adalah hak milik cik Tipah. Murah bunyinya.

Nak respon sms samrod sikit nih;
JS di sini sentiasa sihat membulat, tak dok apo doh lepaih ni bang mohan oii, mak dah kenal semua kedai jual barang bhn mentah yang boleh tingkatkan selera dah. Hmmm hancur pl la diet nampaknya.
JS pun gumbira gak dengo gaji naik, syukur la tuhan buka pintu hati pak lah simpatikan gomen slave cang kita ni Jah.
Housemate pun sihat je. Dia tu jenis kebal sikit susah jatuh sakit.
JS dilanda rindu la bang mohan sejak 2 menjak ni, sunyi sbb lonely sgt kot. Cuaca kat sini pun tak menentu kejap panas sikit, kejap hujan, lepas tu berangin 24jam kat Aberdeen ni tak kira pg ptg siang malam. Suhu tak yah cakap la sejak dtg tak pernah rasa suhu sampai 20 degree lg.
Abg Mohan faham2 je la masa ada org di sisi kita, kita tak pandai jaga, sentiasa nak cari gaduh. Tengok skrg apa dah jadi, anjing lapar kat tepi jalan pun tak nak jeling. Tapi takpe, yg bantu JS skrg ialah Nawaitu je la, sbb tiap kali fikir bukan2 terus ingatkan diri kita dtg sini nak belajar nak siapkan thesis, then semua luka terubat. Cuma malam2 tu biasa la rasa empty jg kdg2 tengok h/phone bisu berbulan2, takde lg org say good morning, good nite n ingatkan suruh gi joging. Terus rasa mcm hanjeng.
Banyak benda baru2 JS belajar kat sini, antaranya;
a. Org kat sini bila kita tanya jarak dia lebih gemar gunakan anggaran masa yg diambil utk berjalan kaki. eg; 10 minutes walking from here, dan kat sini org gemar jalan kaki. Tak jadi suatu yg pelik kalau ramai org kat sini berjalan kaki dlm jarak 20-45 minit. Tilik2 part tu diorg ni suka amal gaya hidup sihat gak kan.
b. Kalau shopping, cashier & customer akan berkerjasama meminimumkan penggunaan beg plastik, maka ramai customer yang bawa beg sendiri (recycle) atau masukkan dalam beg galas masing2 semasa membeli-belah. Bagus juga kalau amal benda ni kat rumah kita kan.
Ntah merapu apa malam ni
kim salam kat semua ye
Miss U
Posted at 07:21 am by jiwasegar
Permalink
Sunday, May 27, 2007
Please someone needs to help me
Dear Bloggers
When I was attending a seminar in KL last year, I heard someone said 'doing a PhD is a very lonely business, you are the only person who actually knows what you're doing and if you were lucky enough your supervisor will be the second one'.
Come to think of it, I am quite agreed with that theory.
Tengah pening ni dok formulate theory, ada sape2 leh bantu ttg Common-Sense Self Regulation Model tak? ke ada sape2 familiar ngan Illness vs Emotional Represention Model? Gusar aku dibuatnya. Kompius aku jadinya.
Satu lagu JS terfikir bila dok tengah buat koje nih:
"JS lebih suka menggunakan istilah mabuk atau 'information overloaded' untuk membayangkan longgokan idea dan maklumat untuk dicerna serta diulas dalam menerangkan sesuatu isu. Satu pengajaran yang JS dapat iaitu kita cuba langkah keluar sekejap dan cuba lihat permasalahan itu dari jauh di samping memahami apa yang sedang berlaku dengan tugas kita sebenarnya"
This step helped me a lot in understanding the whole task that I am doing. Sometimes we are so preoccupied (teringat budak itam dlm iklan NST) with only single idea or single approach and tend not to bother other brilliant ideas that came along the process. So I think this is a good self-help skill that I've just learnt. Maklum la living here alone I need to be tougher and rely a lot on my intuition.
Rak Thuk Khon
Posted at 04:20 am by jiwasegar
Permalink
Friday, May 18, 2007
Izinkan aku mengukir rasa
Hari ni datang angin nak tulis Kloan atau dalam bahasa Melayu Puisi
Saya suka Kham Khlong Cong (Jeda) dalam puisi ni:
Cong rak, sia cing, nah cai khaa
Cam thon, con cai rak, khrai maimi
Ceb ok, cuk lek cai, mea rak cob
Con cam cai, cuan tai, ceb phro' rak.
Meaning?
Cuba translate la ye, takpe la kalau tak tepat sikit pun sbb kat atas tu bahasa thai kelas atasan kelas prosa warisan gitew (jedanya pun dah lari)
Terlalu setia hati ini menyintaimu
Memendam rasa & menahan keinginan untuk membahagikan cinta
Pedih yang dalam di sudut jiwa, bila cinta berakhir
Hingga jiwa terguris separuh mati mengenangkan balasan cinta
Any comment?
Sebelum tu Cik T jgn terasa ye, kloan ini takde kaitan dengan yang masih hidup atau yang dah tinggal aruah.
Nak study la pula
Posted at 06:25 am by jiwasegar
Permalink
Tuesday, May 15, 2007
Samrod, akak jangan risau adik jauh di mata tapi dekat di hati (dimanipulasiakn dr Filem Cinta)
Kadang kala kita rasa terlalu lemah dan tidak bermaya dalam menempuhi hari esok.
Ada kala kita rasa kita dinilai oleh si pekak dan si buta yang tiada upaya melihat dan mendengar kita.
Hakikatnya kita harus terus hidup dan berjuang, maka cara terbaik ialah perbanyakkan cara menyayangi diri kita, amanah dengan diri dan buat untuk diri kita bukan buat utk mereka. Sayangi perkara yang kita lakukan juga tip yang bagus utk terus hidup.
Sayang Samrod
Nyeky
Posted at 08:18 pm by jiwasegar
Permalink
|
 |
|
|
|
|